top of page

Isu hutan simpan: Biro Politik KEADILAN puas hati MB tangguh penyahwartaan


Biro Politik KEADILAN yang bersidang malam tadi berpuas hati dengan penjelasan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Alam Sekitar, Hee Loy Sian berhubung isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, Biro Politik menerima baik keputusan Kerajaan Negeri untuk menangguhkan penyahwartaan tersebut sehingga satu lagi pertimbangan menyeluruh terhadap isu berkenaan dilakukan.


"Biro Politik menegaskan keputusan (penyahwartaan) perlu berpegang kepada beberapa prinsip asas termasuk kepentingan penjagaan alam sekitar; urustadbir proses perolehan serta penilaian yang telus, terbuka dan baik; serta kesan penyahwartaan HSKLU terhadap masyarakat amnya yang perlu diminimakan.


"Ini termasuk perkara-perkara yang dibangkitkan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor dan badan-badan bukan kerajaan.


"Biro Politik berpuas hati setelah mendapat jaminan dari Menteri Besar bahawa beliau akan menangguhkan proses penyahwartaan HSKLU sehingga selesai mempertimbang dan menjelaskan kesemua isu yang telah dibangkitkan," katanya.


Berkenaan isu pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) pula, kata Fahmi, Biro Politik menerima penjelasan bahawa syarikat pembina lebuh raya perlu mengemukakan laporan perundingan awam mengenai suara penduduk yang terjejas sebelum sebarang pertimbangan dibuat oleh Kerajaan Negeri.


"Mesyuarat malam ini juga membangkitkan isu cadangan pembinaan PJD Link. Menteri Besar menjelaskan PJD Link merupakan cadangan semula pihak swasta bagi menggantikan projek yang sebelum ini dikenali sebagai Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX), iaitu sebuah projek Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri hanya terlibat dalam isu-isu berkaitan kelulusan tanah.


"Menteri Besar juga telah menjelaskan pihak PJD Link harus melaksanakan perundingan awam bagi mendapatkan pandangan menyeluruh berkaitan isu-isu teknikal serta kesan-kesan sosial yang mungkin timbul daripada projek tersebut.


"Beliau memberi jaminan Kerajaan Negeri belum memberi apa-apa kelulusan berhubung PJD Link, dan pihak PJD Link wajib melalui proses pendengaran awam semula dengan semua pemegang taruh dan harus kembali kepada Kerajaan Negeri untuk proses-proses seterusnya," kata Fahmi lagi.


Kelmarin, media arus perdana menggembar gemburkan pertanyaan dalam sidang Dewan Negeri Selangor berhubung isu penyahwartaan HSKLU yang didakwa diluluskan secara senyap-senyap.


Bagaimanapun, belum ada kelulusan penuh diberikan, oleh kerana itu perkara tersebut tidak diumumkan kepada rakyat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page