top of page

Isu hina agama: Ambil tindakan berlandaskan undang-undang



Oleh: Azuan Ab Rahman


Semua pihak digesa bersikap rasional dan tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.


Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil sebagai mengulas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN yang diadakan semalam berkata, isu tersebut merupakan antara agenda yang dibincangkan.


"Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berpendapat sebarang usaha penghinaan terhadap kesucian Islam sebagai agama rasmi negara satu kesalahan besar dan bertentangan dengan perundangan negara.


"Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan seumpama ini dan meminta agar pihak berwajib menjalankan siasatan dan mengenakan hukuman ke atas pelakunya, jika terbukti bersalah," katanya dalam satu kenyataan.


Mengulas lanjut Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN melihat jalan terbaik bagi penyelesaian isu tersebut ialah memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengenakan hukuman yang sewajarnya.


"Semua tindakan harus berlandaskan undang-undang, bukan didorong emosi dan amarah," tambahnya.


Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah 'Allah' dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.


Susulan daripada itu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) memohon maaf berhubung penjualan stoking terbabit di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.


Sementara itu, mesyuarat tersebut turut meminta semua pihak agar menjaga kesucian bulan Ramadan dan menjadikan apa yang berlaku sebagai satu sempadan supaya kes seumpamanya tidak berulang.


"Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN juga berpendapat penghinaan terhadap mana-mana agama juga satu kesalahan dan menyalahi undang-undang.


"Perbuatan seumpama itu hanya akan merobek keutuhan harmoni dan mahabbah yang menjadi tonggak kehidupan bersama aman damai rakyat Malaysia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page