top of page

Isu harga ayam dibangkitkan di Parlimen



Isu harga ayam yang masih belum stabil dibangkitkan lagi di Dewan Rakyat


Ahli Parlimen Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) bertanya mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menangani krisis harga ayam tersebut.


"Pada hari ini saya mengemukakan soalan di Parlimen berkenaan harga ayam yang mahal di pasaran sekarang.


"Saya minta penjelasan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna apakah langkah-langkah yang Kerajaan telah ambil untuk menangani isu hargai ayam," katanya.


Sebelum itu, Pembantu Jurucakap KEADILAN bagi Pekerja dan Hak Pekerja itu telah meninjau harga ayam di sekitar Bandar Baru Permas Jaya, Johor.


"Saya telah lakukan kunjungan di Pasar Tani Kekal di Bandar Baru Permas Jaya tiga hari lalu (untuk mengetahui harga ayam)," katanya.


Hassan juga mengucapkan penghargaan kepada pihak FAMA yang telah membina bangunan pasar tani baharu di Parlimennya.


"Parlimen Pasir Gudang bertuah kerana mendapat Bangunan Kekal untuk pasar taninya. Terima kasih kepada Pihak FAMA," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page