top of page

Hak atas Kepulauan Riau: PM perlu tegas, pendapat Tun Mahathir bukan pendirian kerajaan





Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang menyentuh mengenai hak Malaysia ke atas Kepulauan Riau baru baru ini telah mencetuskan 'ketidak tenteraman' diplomatik dari Indonesia dan Singapura serta bantahan dalam kalangan rakyat di kedua dua negara.


Sehubungan itu, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar mengeluarkan kenyataan tegas terhadap perkara berkenaan.


"Saya ambil serius perbahasan sekitar kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terkait Kepulauan Riau baru-baru ini.


"Saya menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri untuk menyatakan penegasan segera agar ia tidak berlarutan kerana pandangan tersebut tidak mewakili kerajaan atau rakyat Malaysia," katanya.


Anwar berkata, penjelas PM semasa amat penting bagi mengelakkan fasa ketegangan hubungan diplomatik yang tidak perlu terhadap kedua dua negara.


"Penjelasan ini juga diperlukan bagi mengelak dan menjejaskan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan Singapura serta Indonesia," katanya lagi.


Terdahulu, Tun mahathir dalam satu temubual berkata, Kepulauan Riau sepatutnya menjadi sebahagian daripada Malaysia berdasarkan faktor sejarah


Bagaimanapun, Kementerian Luar Indonesia membantah dakwaan itu kerana Kepulauan Riau telah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai wilayah Indonesia.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page