top of page

Isu Fahmi Fadzil berucap di masjid sudah selesai - MAIS



Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menganggap isu Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kuang pada Julai lepas telah selesai.


Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata siasatan pihaknya mendapati Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) itu hanya menyatakan tentang isu semasa dan bukan berkaitan isu politik.


"Dia (Fahmi) menjawab soalan berkaitan dengan konsert (aksi biadap oleh vokalis kumpulan muzik The 1975) dan tindakan yang diambil untuk menamatkan konsert berkenaan, kerana telah melanggar syarat yang telah dipersetujui bersama.

"Dia tidak sebut politik dalam masjid, pada pandangan saya (isu ini) selesai.


"Dia datang mahu solat, dia cari masjid dan surau berdekatan. Sebagai menteri dia jawablah dengan jelas soalan yang ditanya jemaah," kata Abdul Aziz dipetik.


Beliau sebelumnya ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Serahan Jalur Gemilang dan pelepasan Konvoi Ziarah Merdeka MAIS di Shah Alam pada Isnin.


Sebelum ini tular beberapa gambar Fahmi didakwa berucap isu politik di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang.


Penularan gambar itu dipercayai bertujuan memberi gambaran seolah-olah Fahmi menderhaka terhadap arahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan mengadakan ceramah politik di masjid.

Awal Ogos lalu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Fahmi yang dilaporkan berlaku di ruang solat utama masjid terbabit.

 
 

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page