top of page

Isu dibangkitkan Laporan Bank Dunia telah ditangani - Menteri Pendidikan



Kementerian Pendidikan (KPM) telah pun menangani secara proaktif isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia, kata menterinya Fadhlina Sidek.


Ditemui pemberita selepas memberikan syarahan pada program Distinguished Lecture Series on Youth Well-Being (DLS) anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Khamis, beliau memaklumkan, pihak kementerian juga sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara.


"Kita kena sentiasa optimis dengan pendidikan ini. Apa jua laporan harus melihat dan tangani dengan penuh cermat bersama dengan tindakan yang progresif.


"Ingin saya tegaskan, KPM telah lebih awal mengumumkan reformasi pendidikan kita, pertamanya dengan penubuhan jawatankuasa khas untuk meneliti isu-isu dan melaksanakan reformasi ini dengan segera.


"Sebagai contoh, jawatankuasa peluasan prasekolah telah kita laksanakan dan tahun 2023/ 2024 adalah tahun peluasan prasekolah di institusi KPM secara besar-besaran termasuk dengan intervensi kurikulum," katanya dipetik mengulas laporan bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills berkenaan sistem pendidikan negara itu.


Mengulas mengenai inisiatif yang sedang dilaksana, Fadhlina berkata, ia termasuk penstrukturan semula sistem prasekolah, Kurikulum Persekolahan bagi 2027 dan intervensi kurikulum dalam menangani keciciran pembelajaran.


Selain itu, kementerian juga telah mengadakan siri libat urut dengan pihak berkepentingan berkaitan masa hadapan pendidikan di Malaysia termasuk berkaitan penstrukturan semula sistem prasekolah dan kurikulum persekolahan 2027 bagi menangani keciciran pembelajaran.


"Pada ketika ini, pasukan kita melakukan intervensi, sesi libat urus dan juga menyiapkan para guru dengan kerangka kurikulum baru ini.


"Jadi kita harap ia berlangsung dengan baik dan semua input-input ini sedang kita dapatkan semua libat urus di peringkat nasional," jelasnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page