top of page

Isu Di Selangor Telah Selesai, Pembangkang Terus Tohmah



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Rosli Jusoh selaku Pengarah Pilihanraya Pas Negeri Selangor telah mengeluarkan beberapa tuduhan tidak berasas kepada kerajaan Negeri Selangor di dalam sebuah wawancara bersama HarakahDaily pada tarikh 27 Jun 2023. Tuduhan-tuduhan tersebut telah dijawab oleh kepimpinan Kerajaan Negeri Selanngor secara berasingan sebelum ini, namun ia perlu diperjelaskan semula kepada pengundi menjelang Plihan Raya Negeri (PRN) yang bakal tiba tidak lama lagi.


Tuduhan utama yang dibangkitkan adalah berkenaan urusan pendaftaran Sekolah Agama Persendirian (SAP) yang tergendala bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Isu ini telah dijawab oleh Exco Agama Islam Selangor, YB Mohd Zawawi Ahmad Mughni bahawa beberapa notis telah dikeluarkan oleh pihak PBT kepada segelintir SAP yang beroperasi tanpa mengikut garispanduan yang telah ditetapkan.


Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan mencadangkan garispanduan yang lebih mudah supaya SAP di Selangor dapat meneruskan operasi. Usaha membangunkan garispanduan tersebut akan melibatkan Persatuan Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS), situasi ini membuktikan keterbukaan Kerajaan Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu tersebut.


Isu kilang haram, sampah telah selesai


Isu seterusnya yang dibangkitkan oleh Rosli Jusoh adalah berkenaan pengurusan PBT berkaitan kilang haram dan sampah di Negeri Selangor. Isu ini telah dijawab oleh Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor bahawa masalah ini telah dapat ditangani menjelang tahun 2022 melalui pindaan terhadap Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan pindaan terhadap Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Mohd Fauzi Fadzil

Pindaan terhadap Akta 665 telah meningkatkan jumlah denda sehingga RM 10 juta manakala Enakmen LUAS pula meningkatkan denda maksimum sebanyak RM 1 juta. Hasil positif melalui pindaan undang-undang tersebut telah dapat diperlihatkan apabila insiden pencemaran air di Selangor menunjukkan pengurangan dengan hanya dua insiden dikesan pada tahun 2022 berbanding sembilan insiden pada tahun 2020.


Kerajaan Negeri Selangor juga bercadang melantik KDEB Waste Management (KDEBWM) untuk menguruskan sisa industri jika isu pembuangan di tapak pelupusan haram tidak selesai. Tindakan berkenaan adalah langkah sementara bagi memastikan isu sampah dapat diselesaikan dalam jangka masa pendek.


Usaha Kerajaan Negeri Selanor untuk jangka masa panjang dalam menangani masalah sampah adalah dengan memeriksa dokumen pengesahan pembuangan sampah secara berkala sebelum memperbaharui lesen panel yang dilantik pihak industri.


Boleh lapor isu integriti ke SPRM


Isu terakhir yang dibangkitkan oleh Rosli Jusoh adalah berkenaan integriti kerajaan Negeri Selangor dalam meluluskan projek tanpa tender yang melibatkan Gerbang Maritim Selangor (SMG) dan Stadium Shah Alam. Tidak timbul isu pelanggaran tatakelola atau integriti dalam pengurusan kedua-dua projek berkenaan kerana SMG telah dipantau oleh sebuah jawatankuasa khas yang diketuai oleh bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor Dato’ Roslan Abdul Aziz manakala pembangunan semula Stadium Shah Alam telah mendapat kebenaran daripada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).


Jika terdapat pelanggaran undang-undang maka Rosli Jusoh adalah dialu-alukan untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Ternyata segala tuduhan yang dilemparkan oleh Rosli Jusoh merupakan ‘umpan’ menjelang PRN yang bakal melibatkan Negeri Selangor. Pemerintahan yang ada sekarang di Negeri Selangor sudah tentu mempunyai kelemahan yang tersendiri, namun pengundi harus berfikiran waras dalam membuat pilihan menjelang PRN nanti.


Cuba bandingkan pemerintahan Negeri Selangor berbanding pemerintahan negeri yang dikuasai oleh parti’lawan’. Adakah berbaloi untuk menukar kerajaan Negeri Selangor yang ternyata cemerlang dalam pemerintahan sekarang?


__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page