Isu DAP komunis agak menakutkan tetapi bukan menakutkan orang Melayu seluruh Malaysia. Hanya di kawasan yang pengaruh Bersatu dan Pas kuat orang Melayu berasa cemas dan terancam.
Di kawasan yang mana calon parlimen mampu meyakinkan pengundi seperti di Pasir Gudang, isu berkenaan tidak laku.
Menurut Ahli Parlimen Hassan Karim (gambar, bersongkok), beliau berkempen kepada kaum Melayu B40 pada malam terakhir sebelum mengundi dan mereka menerima penjelasannya dengan baik.
"Penceramah hanya saya seorang selaku calon. Isu yang saya sampaikan ialah memberi penerangan dari sudut undang undang dan Perlembagaan Persekutuan, supaya orang Melayu jangan bimbang dengan DAP
"Saya jelaskan usah bimbang dengan dasar pelbagai kaum, jangan bimbang dengan dasar keadilan untuk semua," katanya.
Justeru Hassan memuji penerimaan penduduk di kawasan itu, biar pun tidak berpendidikan tinggi namun mampu berfikir secara rasional realiti kehidupan negara majmuk.
"Saya disambut dengan paluan kompang dan diakhiri dengan jamuan ringan. Saya menafaatkan ilmu undang undang yang saya ada untuk meyakinkan orang Melayu di Pasir Gudang, bahawa kedudukan mereka kekal terjamin dengan dasar adil untuk kaum kaum lain," katanya lagi.
Comments