top of page

Isu buli siber dibentang kepada Jemaah Menteri minggu depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 8, 2024
  • 1 min read

ree

Kementerian Komunikasi dijangka akan membentangkan isu berkenaan buli siber di platform media sosial dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini.


Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pembentangan itu diminta sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.


"Kita bukan hanya melaporkan apa berlaku, tetapi (juga akan) mengambil tindakan, terutama kalau perlu pinda akta, dan kita lihat apakah kelemahan sekarang," katanya dipetik.


Fahmi ditemui pemberita pemberita selepas melawat keluarga seorang pempengaruh TikTok yang didakwa membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber di Gombak Setia pada Ahad.


Beliau turut menjelaskan, pembentangan itu akan menyentuh laporan berhubung insiden membabitkan pempengaruh berkenaan.


Sementara itu menurut Fahmi, masalah utama menangani buli siber adalah kebanyakan pelaku bersembunyi di sebalik akaun palsu sehingga menyukarkan usaha mengenal pasti identiti mereka.


"Salah satu aduan yang diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Kementerian Komunikasi daripada pihak polis adalah akaun-akaun yang terlibat dalam pelbagai aktiviti penyalahgunaan ini, berselindung di sebalik akaun palsu.


"Ia menyebabkan identiti individu yang mengeluarkan komen atau terbabit dalam scam dan sebagainya sukar dikenal pasti," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page