top of page

Isu berbangkit Malaysia - Indonesia diselesaikan dalam setahun



Kerajaan Malaysia bertekad untuk menyelesaikan isu berbangkit antara negara ini dan Indonesia dalam masa setahun.


Hal itu diumumkan dalam pertemuan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Joko Widodo di Istana Bogor, Jakarta, tengah hari tadi.


Menurut Anwar rungutan pihak Indonesia bahawa permasalah tersebut yang telah berlarutan selama bertahun tahun akan segera diberi tindakbalas oleh pihak kerajaan Malaysia.


"Ada isu spesifik dan saya sepakat dengan bapak presiden dalam hal hal yang harus dimeterai dan dilaksanakan.


"Bila kita bicara tentang mesyuarat, itu bapak presiden katakan sudah ratusan mesyuarat dan bertahun tahun.


"Saya beritahu bapak presiden, kita ada tekad politik yang jelas untuk menyelesaikan permasalahan asas itu selewatnya akhir tahun ini," katanya.


Anwar juga memuji sikap terbuka pentadbiran Jokowi yang mahu kerjasama dalam membangunkan ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan Timur dengan membenarkan syarikat Malaysia turut serta dan menjanjikan kemakmuran bersama ekonomi bagi Sabah dan Sarawak.


Hal itu katanya, dibuktikan dengan pertukaran memorandum kerjasama semalam melibatkan pelbagai syarikat dari Malaysia dan Indonesia.


"Rakan saya di Sabah dan Sarawak memuji inisiatif ini dan saya beritahu tadi, itu inisiatif besar dibanding apa saya mampu lakukan untuk Sabah dan Sarawak


"Kita mencari jalan bahawa pertumbuhan ibu kota baharu Nusantara itu memberi manfaat termasuk juga wilayah Sabah dan Sarawak," katanya.


Berkenaan isu Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia pula, hal itu agak menyentuh nurani Anwar dengan beliau mengungkapkan pernah melihat TKI yang sepenjara dengannya dirotan sebagai hukuman kerana memasuki Malaysia secara haram.


"Isu pekerja dan TKI. Kita inshaAllah akan hindari isu yang boleh meretakkan hubungan kerana kita tahu hubungan Malaysia dan Indonesia itu kategorinya special.


"Soal TKI ini yang mengguris perasaan rakyat dan pemerintah Indonesia. Namun saya tahu benar isu ini kerana pernah dalam penjara yang sama, mendengar pada ketika itu kesan cambukan ke atas mereka, dan saya tidak fikir itu manusiawi.


"Bagi tahun lalu 2022 soal cambuk itu telah dihentikan. Tetapi penyelesaian itu perlu lebih menyeluruh dan nasib pekerja bawahan itu perlu dibela.


"Pengakuan kami berdua untuk pastikan agensi pekerjaan (di kedua dua negara) ini tidak ambil keuntungan berlebihan di peringkat bawahan. Digitalisasi unit ini penting kerana akan kurangkan karenah birokrasi," katanya.


Manakala dalam isu sempadan negara, Anwar bertekad akan menyegerakan penyelesaiannya kerana tidak melibatkan isu yang besar.


Anwar dalam ucapannya turut mengucapkan terima kasih kepada Indonesia yang menerima beliau dan rakan rakan seperjuangannya sejak puluhan tahun pada ketika mengalami kesukaran di Malaysia.


"Semasa kita agak sukar terumbang ambing derita, Indonesia itu menyambut kita sebagai sahabat sejati.


"Sebab itu saya beritahu semalam pada media, tidak mungkin kita lupakan orang yang sedia membantu kita menunjukkan rahmah dalam keadaan kita terlempar dari arus politik Malaysia.


"Sekali lagi saya ucap terima kasih dari seluruh rakan yang menerima saya sebagai keluarga besar," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page