top of page

Isu beras putih: Tangani segera kartel, pulihkan keyakinan rakyat



Oleh: Akmal Manaf


Kekurangan serius beras putih tempatan di pasaran telah menjadi isu sejak setahun lalu namun hal itu masih belum berjaya ditangani dengan sebaik baiknya.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, ketiadaan beras putih tidak wajar disalahkan kepada Perdana Menteri (PM) atau Kerajaan Perpaduan sebagaimana dilakukan pembangkang.


Sebaliknya, kata beliau, agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) perlu menyelesaikan isu kartel beras berkenaan.


Menurut Hassan, kartel merupakan penyebab berlakunya ketiadaan beras tempatan biarpun negara menghasilkan lebih 60% beras yang dijual dalam pasaran.


"Saya tak salahkan menteri (kerana beliau masih baharu). Kartel masih ada.. dia bukan sahaja setakat beras putih tempatan, tapi benih padi sah itu pun ada sesuatu yang tidak kena.


"Benih itu bukan yang bermutu (dibekalkan) sehinggakan petani itu pun tak percaya.. Tetapi kalau petani gunakan benih dibuat (dibeli) sendiri dan tak beli benih padi yang sah.. maka subsidi tak dapat.


"Jadi nak dapatkan subsidi, terpaksalah beli benih (tiada kualiti). Mana saya tahu? Petani sendiri cakap dengan saya," katanya.


Beliau mendedahkan hal berkenaan dalam rancangan temu bual 'Berani Semuka: Hassan Karim - Berprinsip atau Api Dalam Sekam' bersama moderator Iswardy Morni.

Dalam pada itu, Hassan berkata, isu kartel yang membelenggu sektor pertanian perlu diperbetulkan dengan sesegera mungkin dengan pendekatan apa sekalipun.


"Yang dah bertapak lama ini (kartel) di kementerian-kementerian, ini yang nak diperbetulkan.


"Sebab itu kritikan saya bukan kepada menteri, tetapi kepada agensi.. menteri bertukar-tukar.. setahun yang pertama itu nak baru memahami.. takkan terus nak bertindak?


"Maknanya reformasi ini bukan setakat nak pinda SOSMA.. tidak.. di Kementerian Pertanian pun banyak yang tidak betul," katanya lagi.


Mengulas mengenai skandal Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) berhubung dakwaan kartel kontrak baja, Hassan berkata, beliau tiada bukti untuk memberi komen yang adil.


Bagaimanapun, beliau menyifatkan kegiatan kartel itu bukanlah sesuatu perkara yang baharu.


"Sebab kadang-kadang, namanya saja tender terbuka, tapi sebenarnya sudah disusun. Tetapi (di bawah Kerajaan Madani) tender itu perlu disemak betul-betul," ujarnya.


Pada 18 November lalu, Hassan yang juga Ahli Parlimen kerajaan telah membangkitkan mengenai isu beras putih tempatan yang didakwa sehingga kini hampir tidak terdapat di pasaran.


Membandingkan dengan beras putih import yang lebih banyak di pasaran, beliau menyarankan kerajaan khususnya KPKM termasuk agensi Kawal Selia Padi dan Beras untuk bercakap benar mengenai situasi beras putih tempatan dalam pasaran negara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page