top of page

Isu bekalan air: Terbukti kerajaan Madani tidak anaktirikan Kelantan



Penyelesaian isu bekalan air bersih yang dijanjikan oleh Perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kunjungannya ke Kelantan baru baru ini membuktikan alaman menganaktirikan Kerajaan Negeri pembangkang telah berakhir.


Bagi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi, jaminan oleh Kerajaan Madani akan memanggil Menteri Besar Kelantan serta Ketua Menteri Sabah beruding mengenai isu bekalan air itu merupaan langkah yang sangat bermanfaat kepada rakyat di peringkat negeri.


"Kerajaan Persekutuan yang diterajui kepimpinan Datuk Seri Anwar dengan tegas menyatakan Kelantan tidak dianaktirikan dalam rundingan mengenai isu air. Perbincangan yang melibatkan Ketua menteri Sabah, MB Kelantan dan wakil dari Kerajaan Persekutuan itu merupakan langkah proaktif yang bermanfaat untuk menyelesaikan isu air di negara ini


"Kerajaan Persekutuan mengakui bahawa isu air adalah penting dan memerlukan tindakan segera. Walaupun perkara ini tidak terdapat dalam perancangan asal namun kerajaan bersedia mengambil tanggungjawab dan menanggung perbelanjaan besar yang diperlukan untuk memastikan bekalan air yang mencukupi serta berkualiti di negeri Kelantan juga seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan.


Hal itu, kata Ezzat amat baik untuk politik masa hadapan negara dan berharap Kerajaan Negeri pembangkang juga akan bersikap terbuka serta melakukan rundingan dengan sebaik baiknya bersama Kerajaan Persekutuan selepas amalan menghukum negeri yang tidak sealiran yang diamalkan sejak merdeka ditarik balik.


"Ini jelas membuktikan negeri Kelantan tidak dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan. AMK negeri Kelantan mengalu alukan usaha serta komitmen kerajaan untuk memastikan semua negeri termasuk Kelantan khususnya mendapat manfaat daripada rundingan ini


"Inisiatif Kerajaan Perpaduan bagi menjalin kerjasama yang kukuh dengan pihak berkuasa negeri untuk menangani isu air ini secara tuntas dan memastikan keperluan rakyat Kelantan terjamin diharap mampu membawa penyelesaian yang baik buat semua pihak yang terlibat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page