top of page

Isu bebanan tugas guru, pendidikan B40 tumpuan utama Menteri Pendidikan



Menteri Pendidikan yang baharu, Fadhlina Sidek akan memberi tumpuan kepada beberapa isu asas yang menjadi masalah kepada pelaksanaan pendidikan yang berkesan sejak sedekad lalu.


Katanya, beliau akan melaksanakan 7 inisatif penambahbaikan dari aspek proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan.


"Saya akan memastikan mereka diberi sokongan profesional berterusan yang sewajarnya.


"Juga memberi tumpuan kepada kebajikan termasuk tekanan yang dihadapi oleh guru disebabkan beban tugas dan berjauhan daripada pasangan," katanya dalam sidang media semalam.


Fadhlina menggariskan bahawa Kementerian tersebut akan menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus.


Katanya, bagi mengurangkan kesenjangan birokrasi dalam urusan guru dan murid maka aduan, cadangan dan pertanyaan boleh dikemukakan terus melalui pelbagai saluran rasmi yang disediakan oleh KPM termasuklah Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), AduBuli dan Kaunter Khidmat Pelanggan.


Kementerian juga memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dengan menghindari gejala negatif seperti gangguan seksual, buli, ekstremisme, gengsterisme dan vandalisme.


"Isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40 akan diberi perhatian serius, termasuklah dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran


"Saya akan bekerjasama rapat dengan kementerian yang berkaitan dalam memastikan isu kemiskinan keluarga yang memberi impak langsung kepada pendidikan anak-anak dapat dibantu dengan wajar.


"Kementeriann juga akan memerhatikan isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi supaya kesenjangan pendidikan yang wujud dapat dirapatkan," katanya.


Selain itu, Fadhlina turut bertekad akan memberi fokus kepada kebajikan guru kerana guru adalah teras utama keberkesanan penyampaian pendidikan; memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk mengubahsuai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak dan meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah.


Dalam hal itu, katanya Kementerian akan membuat libat urus bersama agensi pusat bagi meningkatkan keupayaan pendidikan digital di institusi pendidikan bawah KPM.


Berkenaan isu pengiktirafan sijil UEC, beliau berkata hal tersebut bukan keutamaan Kementerian. Sebaliknya masalah asas pendidikan wajar diselesaikan terlebih dahulu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page