top of page

Isu bai'ah politik: Tidak wajar benarkan talak isteri demi urusan politik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 2
  • 1 min read

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Kredit foto: YADIM
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Kredit foto: YADIM

Oleh: Akmal Manaf


Isu bai‘ah kembali menjadi perhatian ekoran kenyataan pemimpin Pas menyentuh soal talak isteri sebagai implikasi pelanggaran bai‘ah, sekali gus mencetuskan persoalan serius tentang penggunaan hukum agama dalam konteks persaingan politik.


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, walaupun perkara tersebut tidak berlaku di Perlis dalam kemelut politik terbaharu dan tidak pernah diamalkan dalam pentadbiran negeri berkenaan, namun beliau terpanggil untuk memberikan ulasan dari sudut hukum dan sejarah fiqh Islam bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.


"Kenapa saya sebutkan (isu bai'ah dan talak)? Kerana baiah itu ada hukum agama di situ. Isu bai'ah itu telah dikemukakan soalan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Sebab itu fatwa Perlis ada mengenai bai'ah itu.


"Kenyataan saya mudah, nak menegakkan sistem pentadbiran Islam (Pas), tapi meruntuhkan keluarga sendiri, apa namanya itu?


"Nak tegakkan sistem Islam, robohkan isteri.. bukan talak satu tapi tiga.. Saya kata itu tidak wajar, itu bercanggah," katanya dalam satu siaran video ceramah yang disiarkan di media sosial.


Dalam hujahnya, Dr Maza turut merujuk kepada sejarah Islam pada zaman Imam Malik bin Anas, apabila amalan baiah bersyarat pernah digunakan oleh pihak berkuasa sehingga membawa kepada kezaliman.


Katanya, imam yang menjadi pegangan mazhab Maliki itu telah menolak baiah yang digunakan untuk tujuan politik kerana ianya bersifat paksaan.


"Imam Malik dengan jelas berpendirian bahawa talak yang berlaku akibat paksaan atau ancaman tidak sah, kerana lafaz tersebut tidak lahir daripada kehendak sebenar individu, sebaliknya hasil tekanan kuasa," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page