Isu Azam Baki: Peluang PM tunjuk wibawa atau 'sekapal' seperti Mahiaddin, Pak Lah



Kontroversi pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki adalah peluang kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menunjukkan kewibawaan beliau.


Bagi Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, sekiranya Ismail membenarkan siasatan bebas dilakukan ke atas Azam maka imejnya akan meningkat tinggi. Sebaliknya jika Ismail gagal maka beliau akan sebaris atau 'sekapal' dengan Mahiaddin Yassin dan Abdullah Badawi (Pak Lah) yang dicop rakyat sebagai PM gagal.


"Ismail PM kepada semua penjawat awam. Bila ada tuduhan yang serius dia tak boleh lindungi, sebab dia pun tak tahu betul atau tidak. Untuk itu adalah logik bagi Ismail jangan campurtangan. Apa yang beliau harus lakukan ialah membiarkan siasatan dilakukan oleh agensi terlibat.


"Isu Azam Baki ini soal maruah negara kerana Azam dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ketua polis, panglima angkatan tentera, semua dilantik Agong. Maka dengan membiarkan keadaan terumbang ambing seolah olah menconteng arang ke muka Agong. Agong adalah satu institusi tertinggi dalam negara.


"Kalau orang yang dilantik Agong boleh buat apa yang dia mahu, jadi pemisahan itu kuasa tak jelas. Ismail kalau nak dilihat sebagai seorang PM yang ada sedikit kewibawaan berbanding Mahathir atau Mahiaddin maka inilah waktunya.


"Jangan ranking dia turun bawah daripada Pak Lah pula. Sekarang juara masih Pak Lah, kalau dia (Ismail) lekeh lagi (tidak mampu bertindak) maka dia bawah daripada Pak Lah," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah itu lagi, Azam Baki pula tidak wajar berkeras untuk kekal dijawatannya sepanjang siasatan dilakukan.


Ujar Johari, sekurang kurangnya Azam perlu bercuti sepanjang tempoh siasatan bagi memastikan hasil siasatan itu nanti tidak dipertikaikan rakyat.


"Azam dilantik oleh Agong, jadi untuk menjaga maruah Agong dan negara dia ada dua pilihan. Pertama dia bercuti, kedua letak jawatan.


"Di samping itu sebagai penjawat awam dia dikawal oleh peraturan seperti Perintah Am. Perintah Am mengawal dari pekerja biasa sampai ketua jabatan.


"Dalam hal ini Azam paling tidak pun bercuti kerana beliau ketua," katanya.


Namun sekiranya Azam gagal bercuti dan PM membiarkan sahaja kemelut SPRM berjalan tanpa tindakan, tegas Johari, negara akan menerima akibat buruk.


Katanya, pelabur asing tidak akan berani menanam modal di Malaysia dengan situasi seolah olah tiada undang undang yang jelas mengawal salah laku kakitangan awam.


"Pelabu di luar sana akan melihat bagaimana seorang yang berjawatan paling tinggi, nombor satu dalam SPRM (terlibat salah laku) dilindungi oleh kerajaan, oleh pemerintah yang ada sekarang.


"Orang tak percaya selepas ini. Bagaimana pelabur nak masuk melabur, sedangkan kamu sendiri pun seolah olah melindungi orang yang dianggap rasuah," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER