top of page

Isu Ashabul Kahfi: Rujuk kepada pakar, elak sentimen politik



Oleh: Abdullah Zaid


Tindakan penceramah terkenal ustaz Azhar Idrus menyelar kenyataan Perdana Menteri berkaitan peristiwa tujuh pemuda ‘Ashabul Kahfi’ sebagai sesat dan mengelirukan dibidas pelbagai pihak sebagai bermotifkan politik.


Sehubungan itu, Setiausaha Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Rosidi Hussain (gambar atas) yang juga bekas calon DUN Penanti, menyarankan agar masyarakat awam untuk mendapatkan pandangan yang lebih diyakini berhubung isu isu agama agar tidak dikelirukan oleh pihak yang tidak sebulu dengan kerajaan.


"Dalam isu ini masyarakat perlu merujuk kepada golongan agamawan yang lebih muktabar dan jauh daripada sentimen politik.


"Ia bagi memastikan perkara atau kenyataan sebegini tidak berulang lagi," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Sementara itu, Pengarah Akademik Pemikiran Turath, Ustaz Faiz Fateh Al-Azhari pula menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh pendakwah bebas tersebut sebagai gopoh dalam mengeluarkan pandangan.


Katanya, kenyataan Azhar yang mendakwa orang Krisitian sebagai bukan golongan Nasrani adalah tidak tepat berdasarkan konteks kejadian dan sejarah.


"Beliau juga menyangka orang Kristian semua mensyirikkan Allah.


"Sedangkan dalam al-Quran dan pendapat ahli tafsir menjelaskan ada orang Nasoro atau Kristian yang beriman dan mentauhidkan Allah.


"Maka buang sahaja pendapat ustaz yang gopoh itu, dan peganglah pandangan ulama sebenar ahli tafsir yang tidak terpengaruh dengan politik kepartian dan amanah dengan Ilmu," kata beliau menerusi hantaran di Facebooknya.


Terdahulu, menerusi hantaran Facebook milik penceramah bebas itu, Azhar mendakwa bahawa ada pemimpin besar ‘jahil, keliru dan menyesatkan’.


Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang disentuh sewaktu Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) minggu lalu.


Susulan itu, Perdana Menteri menegur golongan pendakwah yang terburu-buru membuat kenyataan tanpa menyemak konteks ucapannya mengenai kisah 'Ashabul Kahfi'.


Tanpa menyebutkan nama, Perdana Menteri mengingatkan penceramah tersebut untuk tidak mengikut sentimen politik selain meneliti dahulu sebelum memberi apa-apa ulasan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page