top of page

Isu Akta 355, BMF senyap, Umno-Pas tiada prinsip?




Isu pindaan Akta 355 bagi membenarkan hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia dan Buy Muslim First (BMF) merupakan dua isu hangat yang digunakan oleh Umno dan Pas sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 dan siri Pilihan Raya Kecil sepanjang 2018 - 2019.


Namun ke manakah hilangnya dua isu berkenaan selepas kedua-dua parti itu berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN)?


Bagi Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, kedua-dua isu terbabit hanyalah retorik Muafakat Nasional (MN) untuk menaikkan emosi orang Melayu. Setelah mereka berada dalam kedudukan untuk melaksanakannya, isu tersebut dibiarkan mati begitu sahaja.


"Jika mereka perjuangkan Islam, ia harus ditunaikan dengan usaha bersungguh-sungguh. Mereka harus konsisten. BMF kenapa tidak jadi isu lagi selepas Pas dan Umno dalam kerajaan?


"Ketika berhadapan pandemik Covid 19 apakah (kerajaan PN menyediakan) pakej membantu peniaga bumiputera Muslim untuk membangun dan tidak hilang mata pencarian mereka?


"Jadi pada saya, bukan setakat emosi Melayu Islam (dihangatkan) tetapi harus berdasarkan prinsip yang jelas. Sebelum ini saya menyatakan konsep halalan toyiban (lebih baik) berbanding BMF. Kita harus promosikan halalan taoyiban yang lebih besar dan lebih universal," katanya.


Bagaimanapun menurut mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, apa yang berlaku sekarang mempunyai hikmah tersendiri. Orang Melayu katanya, boleh melihat sikap hipokrit Umno - Pas setelah menjadi kerajaan. Kedua-dua parti itu sedikit pun tidak merealisasikan janji mereka.


"Contoh jelas pindaan Akta 355. Saya sendiri sebelum ini (ketika dalam kerajaan) berkata kita serius untuk mengkaji Akta 355. Sekarang kita tengok pula apabila Pas - Umno jadi kerajaan, adakah mereka betul-betul mahu meminda akta berkenaan?


"Begitu juga isu pemandu mabuk, Pas lantang menyuarakan keperluan untuk tangani isu berkenaan. Adakah kita lihat tindakan? Seharusnya mereka tidak menyepi setelah jadi kerajaan. Prinsip adalah prinsip, tidak kira di mana kita berada, harus kita tegakkan," kata Fuziah lagi.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page