Oleh: Noraini Nordin
ULASAN BERITA: Untuk kesekian kalinya, di sebalik terus dikecam dengan pelbagai tuduhan serta tohmahan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi bangkit mempertahankan pendirian kerajaan berkaitan ketegasan menangani isu-isu berkaitan 3R.
Kata beliau, Kerajaan Madani pimpinannya tidak akan berkompromi dalam isu 3R (raja, kaum dan agama) demi mempertahankan keselamatan rakyat.
"Ada pembangkang mengatakan kita zalim, (kata) tak boleh bicara isu 3R. Itu tak betul.
"Kalau nak bicara soal agama Islam atau agama lain, nak bicara soal kaum, tak puas hati atau nak bantah, itu semua diizinkan.
"Apa yang tak diizinkan (adalah) hasutan, ajakan ke arah keganasan atau menimbulkan pergaduhan antara kaum," katanya.
Semua perlu sedar tanggungjawab
Apa yang semua orang harus sedar, tanggungjawab kerajaan adalah kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.
Kerajaan Madani tidak menjaga sesuatu kaum sahaja.
Dengan itu, kerajaan harus mengekang segala unsur yang boleh membawa kepada perpecahan dalam masyarakat.
Sebab itu, isu berkaitan 3R yang menjurus ke arah hasutan atau menghasut rakyat harus dibendung daripada awal sebelum malapetaka datang menimpa.
Ini yang harus bukan saja difahami oleh rakyat, bahkan mesti disokong agar negara sentiasa aman sepanjang masa.
Ketegasan Anwar dan sikap tidak komprominya berkaitan 3R adalah untuk kebaikan kita semua sebenarnya.
Demi kebaikan dan masa negara berhentilah membuat provokasi berkaitan isu 3R.
__________________________________________________________________________
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
Kommentare