top of page

Dr Wan Azizah seru wanita peka, buat kebajikan kepada yang memerlukan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Isteri Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru kaum wanita di negara ini sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini.


Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia) pada Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Kasih Malaysia 2024 di Seri Perdana malam tadi turut mengajak wanita mengamalkan sikap toleransi dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.


"Kita dijadikan berlainan bangsa untuk saling mengenal antara satu sama lain, kita sama-sama cuba lakukan yang terbaik dan perbaiki diri supaya Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik," katanya.

Majlis itu yang bermula dengan solat asar berjemaah diikuti acara khatam al-Quran, tazkirah, berbuka puasa dan seterusnya solat maghrib, isyak serta tarawih berjemaah dihadiri lebih 200 tetamu.


Pada majlis itu, Dr Wan Azizah turut menyampaikan sumbangan kepada 50 individu terdiri daripada asnaf dan ibu tunggal dari Parlimen Hulu Selangor, Shah Alam, Hulu Langat, Kota Raja dan Sepang di Selangor.


Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Kasih Malaysia, Datin Seri Azlin Hezri yang juga isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan ahli Kasih Malaysia

Sementara itu, Dr Wan Azizah turut menyentuh mengenai isu dihadapi rakyat Palestin di Gaza.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menegaskan, Malaysia tidak pernah melupakan mereka, malah kerajaan telah mencuba sedaya upaya untuk menyokong agar hak mutlak bebas mereka dikembalikan.

0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page