top of page

Israk Mikraj: Pastikan keadilan ditegakkan - PM



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini memperingati iktibar peristiwa Israk Mikraj agar berwaspada dan berubah.


Melalui perutusan sempena Israk Mikraj dikongsikan di laman Facebooknya, Anwar menegaskan umat Islam harus mendokong usaha untuk memastikan keadilan ditegakkan, bermula dari dalam diri hingga kepada keadilan masyarakat.


"Perjalanan (Nabi Muhammad dalam peristiwa) Israk dan Mikraj itu menjadi penguat keimanan terhadap kerasulan Baginda, peristiwa itu juga mengungkap 1001 iktibar yang dipertontonkan terkait soal akidah dan akhlak bagi seorang hamba. Maka hampir wajib ibrahnya dibugar di sepanjang zaman.


"Walhasil, umat dituntut agar istiqamah dalam mendirikan solat lima waktu, kasih dan ihsan terhadap fakir miskin serta membenam perilaku dusta dan nafsu serakah. Yang demikian itu syarat bagi melonjakkan kebangkitan dan kemajuan bangsa," kata Anwar.


Melalui hantaran itu, beliau turut menegaskan, peristiwa Israk Mikraj turut terpakai dalam hal yang menggusarkan kita sekarang terkait pemerasan ke atas rakyat Palestin


"Sementelahan pula Baitul Maqdis di Palestin itulah jua asas kepada mikraj baginda dalam pendakiannya menuju puncak cakerawala.


"Maka, harus kita dukung sekalian usaha buat memastikan keadilan tertegak, bermula dari dalam diri hinggalah kepada keadilan masyarakat.


"Bebas al-Quds! Merdeka Palestin! Moga kezaliman tumpas dan umat terbela," katanya.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page