top of page

Israel pintas kapal misi bantuan Gaza kali kedua tidak berperikemanusiaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 8
  • 1 min read

Sukarelawan dan aktivis FFC, TMTG ditahan tentera Israel. Kredit foto: Awani
Sukarelawan dan aktivis FFC, TMTG ditahan tentera Israel. Kredit foto: Awani

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras tindakan biadap dan tidak berperikemanusiaan rejim zionis Israel yang memintas dan menahan kapal misi bantuan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) di perairan antarabangsa, pagi tadi.


Menurut beliau, laporan yang diterima memaklumkan bahawa kapal berkenaan yang turut membawa rakyat Malaysia dipintas secara haram sekitar pukul 10.50 pagi waktu Malaysia.


"Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa ini.


"Tindakan menahan kapal kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat," tegas Anwar dalam kenyataan di Facebook.

Tentera Israel memanjat salah satu kapal
Tentera Israel memanjat salah satu kapal

Perdana Menteri menuntut agar semua aktivis dan sukarelawan Malaysia yang terlibat dibebaskan segera, serta diberikan perlindungan sewajarnya sepanjang tempoh tahanan.


"Kerajaan MADANI akan berusaha sedaya upaya melindungi setiap nyawa anak Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini dan akan berhubung dengan negara-negara rakan dan pertubuhan antarabangsa bagi memudah cara pembebasan mereka sesegera mungkin," katanya.


Insiden penahanan misi bantuan ini berlaku ketika konvoi kapal berkenaan dalam pelayaran menuju Gaza, membawa bantuan perubatan dan keperluan asas bagi rakyat Palestin yang kini berdepan krisis kemanusiaan terburuk akibat kepungan berterusan tentera Israel di darat dan laut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page