Ismail Sabri perlu buktikan Keluarga Malaysia bukan sekadar retorik politik


Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad meminta supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuktikan makna di sebalik istilah Keluarga Malaysia.


Beliau berkata, ungkapan "Keluarga Malaysia" adalah pengakuan, namun dipersoalkan kerana retorik perkauman Umno tidak mencerminkan hakikat sebenar yang berlaku di negara ketika ini.


"Malaysia sememangnya menjadi "keluarga" bagi rakyatnya, malahan terlebih dahulu sebelum beberapa ahli politik memilih untuk menggunakan label istilah sedemikian.


"Namun begitu, diharapkan agar Perdana Menteri baru akan membuktikan kata-katanya dengan tindakan untuk menyatukan negara kita, terutamanya dalam menghadapi wabak Covid-19," katanya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, Ismail perlu menyedari bahawa rakyat Malaysia tidak lagi meletakkan kepercayaan dan harapan pada masa-masa sukar ini, apatah lagi dengan rekod yang berbaur kontroversi daripada pihak partinya dan dirinya sendiri.


"Keluarga yang bahagia dan stabil, bagaimanapun, mesti memperkasa anggota keluarga mereka sendiri, daripada mengabaikan serta mengecualikan mana-mana saudara-mara tertentu, atau mengambil keputusan untuk berpihak tanpa rundingan.


"Sebaliknya, KEADILAN di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara konsisten melihat kepada perlunya kelompok berbilang kaum yang progresif.


"Dikenali sebagai parti yang terdiri daripada kepelbagaian kaum, kami akan terus kekal sebagai parti berbilang kaum, di samping memperjuangkan pendekatan semua negara negara dalam pembangunan dan pemerintahan, misalnya melalui Agenda Ekonomi Malaysia dan Konsep Ketuanan Rakyat.


"KEADILAN telah membuktikan bahawa janji-janjinya mempunyai makna. Maka terpulanglah kepada Perdana Menteri untuk melakukan hal yang sama dalam masa 21 bulan yang masih ada dalam tempoh Parlimen ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER