top of page

Ismail Sabri mula tinjau sokongan pembangkang perkuat strategi tangani pandemik, ekonomi


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat antara panggilan telefon terawal beliau selepas diumumkan sebagai Perdana Menteri ke 9 kepada beberapa pemimpin pembangkang, malam tadi.


Langkah tersebut diambil mungkin kerana memenuhi nasihat Yang di-Pertuan Agong agar kerajaan berkerjasama menangani Covid 19 bersama pembangkang.


Atau mungkin juga untuk menguatkan sokongan kepada kedudukannya memandangkan Perikatan Nasional sebelum ini menjanjikan sokongan bersyarat kepada pentadbiran beliau


Setakat ini, Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin telah mengesahkan dalam ciapan beliau di Twitter telah menerima panggilan dari Ismail.


"Saya baru sahaja menerima panggilan telefon daripada YAB DS @IsmailSabri60. Saya ambil kesempatan ucapkan tahniah di atas perlantikan beliau sebagai PM ke 9 dan selamat memikul amanah yang besar ini," ciapnya.


Memetik sumber, sebagaimana dilaporkan The Vibes, Ismail cuba untuk mendapatkan kerjasama daripada pembangkang bagi melancarkan pelaksanaan strategi melawan Covid 19 yang tidak menjadi ketika pentadbiran Mahiaddin Yassin.


"Dia tahu betapa pentingnya kedua-dua pihak perlu bekerjasama, terutama pada masa krisis seperti hari ini.

"Dia ingin merapatkan jurang pada saat ini ada di antara kedua belah pihak, dengan harapan mereka dapat bekerjasama dalam menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi," lapor The Vibes.


Bagaimanapun masih terlalu awal untuk menjangkakan langkah Ismail seterusnya, sama ada membentuk jawatankuasa khas bersama pembangkang atau meningkatkan peruntukan kepada lawan politik beliau demi kesejahteraan rakyat.


Sebelum ini, wakil rakyat pembangkang tidak berpuas hati apabila pentadbiran Mahiaddin mengecilkan peruntukan setiap Ahli Parlimen pembangkang kepada RM100,000 setahun, sedangkan peruntukan untuk Ahli Parlimen kerajaan dilaporkan melebihi RM1 juta.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page