top of page

Ismail Sabri derhaka dua kali dalam sehari?


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan telah menderhaka kepada dua pihak dalam masa sehari.


Hal itu ditegaskan oleh Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean. Beliau berkata, Ismail pada Khamis lalu telah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong kerana mempertahankan pendirian kerajaan Perikatan Nasional memansuhkan Ordinan Darurat tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Agong.


"Saya amat kesal dengan kenyataan Ketua Whip Kerajaan merangkap TPM Datuk Seri Ismail Sabri yang degil dan tergamak mempertahankan penderhakaan yang dilakukan oleh kerajaan Tan Sri Mahiaddin Yasin.


"Ismail Sabri nampaknya cuba menutup sebelah mata terhadap penderhakaan yang dilakukan rakan sejawatnya, Menteri Undang-undang, Takiyuddin Hassan yang menyebabkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong murka terhadap jemaah kabinet.


"Ismail Sabri sebagai ahli Jemaah Menteri bertanggungjawab bersama apabila kerajaan mengingkari titah Agong dengan membatalkan semua Ordinan Darurat tanpa dibentang dan dibahaskan di Sidang Parlimen dan tanpa diperkenankan Baginda.


"Beliau sekali gus melanggar sumpah jawatan untuk sentiasa taat kepada Agong dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, menurut Loh, Ismail juga telah menderhakai perintah Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang jelas sejak awal Julai telah mengumumkan penarikan sokongan parti itu terhadap kerajaan PN.


"Beliau juga 'menderhaka' kepada Presiden Umno Zahid Hamidi yang mengumumkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 7 Julai menarik sokongan ke atas Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.


"Oleh itu, mana-mana ahli Dewan Rakyat yang masih belum insaf dan masih menyokong Kerajaan Mahiaddin adalah dianggap bersekongkol dengan Ismail Sabri, yang tanpa segan silu menderhaka kepada Agong dan Raja-Raja Melayu serta membelakangkan Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Sementara itu, Loh menyeru agar Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan bertindak lebih adil dalam baki Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dengan membenarkan usul Datuk Seri Anwar Ibrahim dibahaskan demi mempertahankan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page