'Ismail Sabri calon PM Umno-BN, boleh percayakah?'



Pengumuman Umno bahawa mereka telah menemukan formula terbaik dengan meletakkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon PM untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dan poster boy BN perlu dilihat secara sinis oleh rakyat.


Menurut Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, anggapan bahawa Ismail merupakan tokoh yang boleh mempersatukan Perikatan Nasional, Gabungan Parti Sarawak bersama BN tidak boleh dipercayai bulat bulat.


Katanya, boleh jadi Umno akan menukar calon PM selepas menang sebagaimana berlaku di Johor apabila calon Menteri Besar ditukar sebaik sahaja mereka menang 2/3 kerusi DUN.


"Umno ini tidak pernah konsisten dari segi dasar dia untuk berkata benar dan memang susah (jujur). Tetapi kita tak peduli dia pun sebab bukan tanggungjawab kita.


"Bagi saya kita tak perlu tunggu nak adakan pilihan raya, nak buat sekarang pun lebih baik kerana saya yakin kita akan menang dan Anwar Ibrahim calon PM kita," kata Abdullah.


Bagi beliau, rakyat akan selamat sekiranya memilih Pakatan Harapan (PH) pada PRU akan datang kerana calon PM tetap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PH mempunyai rekod taat pada janji dan terbukti apabila KEADILAN yang mendapat kerusi Parlimen terbanyak dalam PRU 14 namun Tun Mahathir kekal diangkat sebagai PM sebagaimana diisytiharkan sebelum itu.


Manakala Umno, pendirian mereka boleh berubah dan tidak mustahil pemimpin yang mempunyai rekod buruk akan diangkat sebagai PM.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER