top of page

Islamofobia: Bukan pertentangan agama tetapi dominasi penjajahan



Islamofobia yang menjadi pertentangan antara tamadun Barat dan Timur sehingga menyebabkan penghinaan dan pembakaran al Quran sebagaimana terjadi di Sweden baru baru ini bukan disebabkan pembenturan antara agama tetapi lebih kepada kekuasaan imperialisme yang mahu mengekalkan hegemoni ke atas bangsa selain Barat.


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pidato pada majlis International Forum On Islamophobia: Meaningful Engagement Through MADANI Discourse, pagi tadi berkata Islamofobia tidak wajar menjadi pertentangan antara tamadun dan budaya berlainan tetapi seharusnya dilawan secara idea.

Tetamu dari Barata dan Timur di forum Islamofobia

"Seringkali kita menganjurkan bahawa tema itu. Islamophobia. Kebetulan ia menjadi satu permasalahan besar dengan kebangkitan faham sempit seperti rasisme, fasisme, ekstrem kanan yang muncul di beberapa negara.


"Tetapi juga mengajak perbincangan (yang waras) dan wacana supaya cara kita jawab dan respons kepada masalah ini berdasarkan wacana akliah (akal), tradisi akliah, bukan permusuhan berlarutan.


"Orang menggunakan Islamofobia ini walaupun ia bukan perkara baru. Sewaktu Lord (General Edmund) Allenby menakluk Baitulmaqdis dia gunakan ungkapan yang sangat menyentuh umat Islam. Dia kata: "kita telah memenangi perang salib".


"Seolah olah bagi dia itu bukan pertarungan politik negara dan jajahan tetapi penerusan pertarungan ratusan tahun dalam pertembungan di antara Islam dan Kristian.


"Kemudian penjajahan, dan kita tahu semua penjajahan itu untuk membawa tamadun baru (Barat) dan kadang kadang membawa sekali aliran Kristian," katanya.

Ulama dari dunia Islam menghargai DS Anwar

Oleh itu, menurut Anwar, dalam forum Islamofobia yang dianjurkan Malaysia, tujuannya bukan menggalakkan Timur melawan Barat, Islam lawan Kristian atau agama lain tetapi melawan penjajahan dan penindasan


"Dalam wacana ini hal hal ini harus ditekankan. Bila mereka bawa seperti mana Lord Cromer di Mesir yang mahu merobah rupa dan jiwa umat. Bukan penjajahan negara sahaja tetapi menjajah pemikiran dan jiwa.


"Filasuf Naquib al Attas berkata bahawa penjajahan yang dipaksakan ke atas kita (umat Islam) mahu merobah rupa dan jiwa masyarakat kita," ujarnya.


Anwar turut mengingatkan mengenai sarjana Barat yang menyusup ke dalam masyarakat Melayu, melakukan kajian dan menulis buku menyarankan agar orang Indonesia kekal dengan budayanya tetapi pemikiran mereka harus dirobah kepada pemikiran Belanda.


"Ini juga dilakukan Stanford Raffles di Tanah Melayu dan Singapura. Kita latih anak muda Melayu pintar bahasa Inggeris, jadi penjawat awam yang pintar, tetapi biar asalnya warna kulitnya sawo matang, jiwanya keInggerisan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page