top of page

Islam tolak politik persepsi burukkan pihak tidak sehaluan


Oleh: Abdullah Zaid


Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengingat Pas untuk tidak terus membina persepsi buruk terhadap institusi perundangan negara berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Jelasnya, ketika Pas bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) dahulu mereka pernah mempertahankan habis habisan Timbalan Perdana Menteri itu.


Tambahnya, Pas pada ketika itu juga menganggap pendakwaan terhadap Ahmad Zahid mempunyai unsur niat jahat dan pendakwaan terpilih.


"Tetapi, semenjak Pas bersama Bersatu pendirian mereka berubah apabila Pas dan UMNO tidak lagi bekerjasama.


"Walhal, Pas ketika bersama UMNO (Muafakat Nasional) percaya itu adalah perancangan Tun Dr Mahathir (Perdana Menteri-7) atas sebab keenganan Presiden UMNO itu membubarkan parti keramat ini," katanya dalam wacana Bahaya Politik Persepsi yang dianjurkan Media Perpaduan, malam tadi.


Justeru, Mohd Khairuddin yang juga Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri menyeru semua pihak untuk berhenti mencipta persepsi buruk terhadap maruah manusia kerana bercanggah dengan ajaran Islam.


Hal ini, katanya, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya dan ia merupakan prinsip keadilan Islam yang patut dijunjung oleh semua pihak.


"Jika seseorang didapati bersalah pun tidak wajar dikecam dan dihina, inikan pula orang yang orang tidak bersalah," ujarnya.


Semalam, Perdana Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid daripada 47 tuduhan rasuah tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.


Tambahnya, keputusan tersebut adalah kuasa budi bicara Peguam Negara yang termaktub dalam Perkara 145 dan ia tidak boleh dipersoalkan mahupun dicampurtangan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page