top of page

Islam terancam: Mengapa Pas tidak berhimpun semasa petisyen dikemukakan?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 8, 2024
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Tindakan Pas mahu mengadakan 'Himpunan Selamatkan Syariah' di depan Mahkamah Persekutuan Putrajaya esok dipersoalkan memandangkan petisyen yang dikemukakan oleh seorang peguam wanita adalah berkaitan had bidang kuasa penggubalan undang-undang Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen dilakukan ketika parti itu memegang kuasa pemerintahan negara.


Oleh itu, peguam Dr Zulqarnain Lukman menyifatkan perhimpunan tersebut mempunyai motif politik bagi membangkitkan isu kononnya Kerajaan Madani pada hari ini tidak sensitif kepada Islam.


"Ada pihak yang menyatakan bahawa keputusan kes ini dianggap sebagai ancaman kepada syariah sehingga terpaksa untuk membuat perhimpunan yang dinamakan ‘Himpunan Selamatkan Syariah’.


"Pelik bin ajaib kenapa dinamakan Himpunan Selamatkan Syariah sedangkan intipati petisyen kes Nik Elin ini adalah untuk mencari sempadan bagi kuasa penggubalan undang-undang sama ada di DUN atau di Parlimen," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Beliau memberikan reaksi terhadap kempen Pas mahu mengadakan Himpunan Selamatkan Syariah di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya susulan keputusan kes petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman terhadap kerajaan Kelantan yang dijadualkan akan disampaikan oleh Mahkamah Persekutuan esok.


Zulqarnain yang juga Pengerusi Biro Undang-Undang AMANAH (KANUN) turut mempersoalkan pendirian Pas ketika kes membabitkan Iki Putra dan Sisters in Islam (SIS Forum) yang kedua-duanya dibuat semasa pemerintahan Perikatan Nasional (PN).


Katanya mengapa Pas tidak mengadakan 'Himpunan Selamatkan Syariah' sebagaimana yang mereka rancang ketika ini?


"Apakah tindakan yang dibuat oleh kerajaan dan Pas pada ketika itu untuk mengkaji impak daripada kes Iki Putra dan kes SIS Forum berbanding dengan kerajaan sekarang ini.


"Sekurang-kurangnya, Kerajaan Madani sudah menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk mengkaji isu berkaitan dengan kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Menggubal Undang-Undang Islam.


Zulqarnain turut merujuk kepada ucapan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam Pembukaan Tahun Perundangan 2024 pada Januari lalu bahawa kedua-dua kes Nik Elin dan Iki Putra serta SIS Forum tiada kaitan dengan prinsip fundamental agama Islam sebaliknya mereka hanya mencari satu kepastian mengenai pembahagian kuasa antara Persekutuan dan negeri.


Jelas beliau sekiranya dikaji, kes Nik Elin bukanlah berkaitan kuasa Mahkamah Syariah atau berkaitan syariah kerana ia tiada kaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan tidak mempertikaikan kewujudan Mahkamah Syariah.


"Intipati kes ini adalah untuk mencari garis sempadan kuasa menggubal undang-undang dalam sistem Federalisme sama ada kuasa itu di bawah Parlimen atau DUN.


"Undang-undang yang dipertikaikan ini masih boleh wujud cuma kewujudannya itu kelak sama ada di bawah undang-undang Parlimen atau DUN," katanya.


Malah katanya undang-undang yang dipertikaikan bukanlah termaktub secara qatie (tetap) dalam al-Quran atau Sunnah sebaliknya hanya takzir.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page