top of page

Islam angkat martabat wanita, berilmu, profesional – Dr Zulkifli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 8
  • 1 min read

ree

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan (gambar), menegaskan bahawa Islam memuliakan dan meninggikan kedudukan wanita, di samping menekankan kepentingan mereka menguasai ilmu demi menyumbang kepada masyarakat.


"Syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedudukan wanita itu sendiri. Begitu banyak kelebihan wanita yang disebutkan oleh nas-nas yang sahih," katanya dalam kenyataan.


Menurut beliau, wanita bukan sahaja dihargai atas pengorbanan sebagai ibu dan isteri, tetapi juga sebagai penyumbang kepada masyarakat melalui kasih sayang, sokongan emosi serta keberanian menghadapi cabaran kehidupan.


Dr Zulkifli turut memberi contoh tokoh ilmuwan Islam, Fatimah binti Sa’d al-Khayr, yang mengharungi pengembaraan intelektual merentasi Valencia, China dan Kaherah demi menuntut serta mengembangkan ilmu pengetahuan sebagai seorang sarjana.


"Wanita mampu menonjol dalam bidang ilmu dan profesionalisme. Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, sebagai contoh, adalah graduan Royal College of Surgeons, Ireland (RCSI) yang pada 1977 dinobatkan pelajar terbaik dengan Pingat Emas MacNoughton-Jones, mengatasi pelajar lelaki dan wanita lain," katanya.


Beliau menambah, nama Dr Wan Azizah hari ini terpahat di dinding RCSI sebagai satu-satunya wanita Muslim yang menerima anugerah berprestij tersebut, menjadi bukti kemampuan wanita dalam mencapai kecemerlangan akademik dan profesional.


Oleh itu, kata beliau, penguasaan ilmu oleh wanita adalah kunci untuk mereka memberi sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat, selaras dengan tuntutan Islam yang mengangkat martabat golongan itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page