top of page

Isi petrol percuma: KEADILAN Pasir Gudang santuni 200 penunggang motosikal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 18
  • 1 min read

Pemimpin KEADILAN Johor ambil peluang berbakti kepada rakyat dengan program isian petrol percuma
Pemimpin KEADILAN Johor ambil peluang berbakti kepada rakyat dengan program isian petrol percuma

KEADILAN Cabang Pasir Gudang terus membuktikan komitmen mendekati rakyat dengan penganjuran program isi minyak percuma melibatkan lebih 200 penunggang motosikal.


Menurut kenyataan media Penerangan KEADILAN Johor, program itu diketuai oleh Ketua Cabang, Murad Jailani bersama Ahli Jawatankuasa Cabang Pasir Gudang, dengan kehadiran Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Md Ysahrudin Kusni yang turut menyemarakkan acara berkenaan.


"Program ini membuktikan KEADILAN Cabang Pasir Gudang terus dekat di hati rakyat


"Ketua Cabang, Sdr Murad Jailani bersama Ahli jawatankuasa Cabang Pasir Gudang turun menyantuni lebih 200 penunggang motosikal menerusi program isi minyak percuma," katanya.


Kenyataan itu menambah bahawa usaha sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai lambang politik nilai, dengan memberi tumpuan kepada kebajikan serta kesejahteraan rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page