top of page

Iran serang Israel, negara Arab tutup ruang udara



Iran melancarkan serangan balas ke atas Israel semalam bagi membalas perbuatan rejim Zionis memusnahkan bangunan konsulat negara itu di Syiria awal April lalu.


Menurut laporan berita antarabanagsa serangan Iran ke atas wilayah Israel semalam menyebabkan beberapa negara Arab menutup ruang udara mereka, antaranya Lebanon, Iraq, Syiria dan Jordan.


Iran dalam pada itu mengingatkan negara negara Arab yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat di negara mereka agar tidak membenarkan kemudahan itu digunakan bagi melancarkan serangan Israel atau sekutunya ke atas negara lain.


Menteri Pertahanan Iran, Mohammad Reza Ashtiani dipetik agensi berita Mehr, berkata bahawa Teheran akan dengan tegas menanggapi negara mana pun yang, "Membuka wilayah udara atau wilayahnya untuk serangan terhadap Iran oleh Israel."


Dalam pada itu Amerika Syarikat (AS) dilaporkan akan menyokong Israel dalam konflik negara itu terhadap Iran dan bersedia bertindak balas.


Semalam Iran melancarkan berpuluh-puluh dron dan peluru berpandu di wilayah diduduki Israel. Menurut The Guardian, pelancaran dron yang dipercayai buatan Iran, Shahed-136 telah disahkan oleh tentera Israel dan media berkaitan negara Iran, Press TV.


Serangan Iran ke atas Israel yang cuba dihindari melalui pujukan diplomatik negara Eropah sejak minggu lalu akan menyebabkan keadaan tidak menentu di rantau Asia Barat.


Perang besar boleh berlaku sekiranya AS menyerang Iran dan negara kuasa utama tentera Asia Barat itu mengaktifkan perjanjian pertahanan dengan Rusia yang menjadi sekutu utamanya sejak berdekad lalu.


Untuk rekod, pada 4 April lalu tentera Israel mengebom konsulat diplomatik Iran di Syiria menyebabkan 16 pegawai Iran terbunuh termasuk seorang jeneral tentera revolusi republik berkenaan.


Iran berjanji akan membalas perbuatan biadap Israel yang melanggar konvensyen Geneva, menyerang misi diplomatik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page