top of page

IPR pastikan kestabilan bekalan makanan terjamin





Kerajaan Perpaduan akan memastikan kestabilan bekalan makanan dan harga yang rendah serta mampu dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.


Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berkata menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan dilancarkan esok sektor perekonomian baharu rakyat akan dilaksanakan seiring dengan sektor pertanian komersial sedia ada seperti sawit dan getah.


"Komoditi utama pertanian seperti kelapa sawit yang telah memberi nilai eksport dengan hasil memberangsangkan akan disulami dengan hasil-hasil pertanian baharu bagi memastikan sektor pertanian memberi input yang mampan ke arah Keterjaminan Makanan Negara," kata Rafizi dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, dengan membuka ratusan ekar tanah kerajaan sebagaimana dilakukan dalam inisiatif Felda pada 1960an menanam sawit juga getah diharapkan ekonomi negara dan rakyat akan semakin berkembang.


"Untuk merealisasikan usaha ini, sebanyak 800 ekar tanah milik Kerajaan Persekutuan akan dimanfaatkan oleh golongan B40 dan miskin tegar bagi tujuan pertanian. Kerajaan juga akan membuka peluang kepada sokongan modal dan latihan.


Dengan segala perancangan yang telah dirangka, insyaallah kerajaan akan memastikan Keterjaminan Makanan Negara kekal mampan merangkupi 4 indikator iaitu kestabilan bekalan, ketersediaan, penggunaan dan akses," katanya.


IPR akan dilancarkan secara rasmi esok, 26 Februari 2023 di stesen LRT Cempaka, Ampang, Selangor sekitar jam 10.00 pagi. Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan pelancaran berkenaan.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page