top of page

IPR: Jual makanan siap dengan harga RM2



Kerajaan melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) menyasarkan penjualan makanan siap seperti sarapan pagi dan makanan tengah hari pada harga RM2


Program itu, menurut Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli akan terkandung dalam komponen Inisiatif Usahawan Makanan atau INSAN.


Usahawan IPR katanya akan menjual makanan siap dengan dibantu kerajaan pada harga rendah untuk menambah pendapatan mereka.


"Hari ini saya dan rakan-rakan di Kementerian Ekonomi bersama-sama masyarakat yang hadir melancarkan IPR di stesen LRT Cempaka.


"Matlamat IPR adalah berkonsepkan strategi serampang dua mata dengan menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 menerusi kegiatan-kegiatan ekonomi yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Ekonomi," kata dalam satu kenyataan.


Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan kepada Kementerian Ekonomi untuk melaksanakan IPR.


Menurut Rafizi, IPR akan mempunyai beberapa komponen seperti Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) yang akan melibatkan rakyat dalam aktiviti pertanian serta INSAN yang memberikan peluang rakyat menjana pendapatan tambahan menerusi penjualan makanan siap.


Satu lagi, katanya, ialah Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) yang memberikan platform kepada rakyat yang berkemahiran dalam penyelenggaraan dan perkhidmatan untuk terlibat terus dalam aktiviti operator perkhidmatan.


IPR akan melibatkan golongan peniaga, profesional, sukarelawan, sektor awam dan swasta.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang IPR dan cara-cara memohon, golongan yang layak boleh melayari laman web IPR https://ipr.epu.gov.my/about

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page