top of page

InsyaAllah, PRU-15 lebih baik - Rafizi

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Nov 21, 2021
  • 1 min read

Updated: Nov 22, 2021


ree

Rafizi Ramli menyeru penyokong dan pengundi Pakatan Harapan (PH) supaya tidak terlalu bimbang dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Beliau menyifatkan, ada hikmah di sebalik kekalahan PH di Melaka.


"Kepada pendokong KEADILAN dan PH yang mahukan negara ditadbir oleh orang yang amanah dan cekap, jangan terlalu sedih dan putus harapan.


"Ada pengajaran baik di sebalik keputusan PRN Melaka.


"Kalau pimpinan KEADILAN dan PH belajar daripada keputusan ini, tolak ego, InsyaAllah PRU15 lebih baik," katanya.


PRN Melaka menyaksikan PH memenangi lima kerusi, berbanding Barisan Nasional (BN) yang memenangi 21 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) meraih dua kerusi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page