top of page

Insuran Rahmah bakal dimuktamadkan tak lama lagi



Insiatif insurans Rahmah yang mahu diperkenal kerajaaan dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata setakat ini pihaknya telah melakukan dua kali libat urus dengan syarikat penyedia insurans bagi memuktamadkan skim-skim yang dapat ditawarkan dengan kadar premium yang sesuai.


Skim insurans itu jelasnya akan ditawarkan kepada orang ramai khususnya golongan B40 bagi melindungi kenderaan dan kediaman.


"Insurans Rahmah akan dimuktamadkan dalam bulan ini. Kita telah ada dua kali libat urus dengan syarikat insurans, jadi mereka (syarikat insurans) telah pertimbangkan cadangan kita tapi yang penting bagi saya adalah insurans untuk perlindungan disebabkan bencana.

"Contohnya rumah-rumah di kampung-kampung di daerah yang sememangnya sudah pasti dilanda banjir semasa musim tengkujuh, data itu kita sudah ada, cuma bagaimanakah bentuk pakej itu sedang kita pertimbangkan," katanya.


Salahuddin ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul Rahmah kepada penerima bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit, DUN Pengkalan Kundur dan DUN Kubang Rotan di Kuala Kedah.


KPDN sebelum ini telah mengemukakan cadangan kepada syarikat insurans untuk menyediakan skim insurans bagi melindungi kenderaan terpakai yang dimiliki golongan B40 dan M40 yang memerlukan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page