Institut Pemikiran Siddiq Fadzil: Kerajaan Selangor tambah RM4 juta



Kerajaan Negeri menambah dana RM4 juta untuk melengkapkan penubuhan Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil di Universiti Selangor (Unisel).


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dana itu merupakan tambahan RM1 juta yang diperuntukan dalam Belanjawan 2022 untuk menyempurnakan proses penterjemahan karya cendekiawan berkenaan.


"Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan kita setuju tambah RM4 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM5 juta untuk institut ini," katanya dipetik.


Hal itu dinyatakan MB sebagai menghargai jasa ilmuwan berkenaan kepada negara dalam memartabatkan bahasa Melayu dan agama Islam.


"Tidak pernah sekali pun saya dengar hujah, ceramah beliau membenci, menghina apatah lagi mencerca bangsa majmuk dalam Malaysia. Konteks ini harus diterjemah dan ditonjolkan oleh semua orang," katanya.


Kursi Siddiq Fadzil ditubuhkan di Unisel bagi memperingati ketokohan Allahyarham Datuk Dr Siddiq Fadzil yang berpengaruh dalam bidang akademik dan kebudayaan Melayu.


Turut hadir pada majlis pagi tadi ialah Pengerusi Emeritus Institut Antarabangsa Pemikiran Islam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER