top of page

Institusi pondok akan diperkasa, bidang ilmu baharu diperkenal

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
1 hour ago
1 min read
DS Anwar merasmikan Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan yang menghimpunkan ulama dalam negara dan dunia, terutama dari negara Arab di Seri Perdana, pagi tadi.
DS Anwar merasmikan Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan yang menghimpunkan ulama dalam negara dan dunia, terutama dari negara Arab di Seri Perdana, pagi tadi.

Kerajaan akan memperkukuh kedudukan institusi pondok melalui penambahbaikan kemudahan fizikal, pengukuhan disiplin ilmu serta pengenalan bidang pengajian baharu yang bersesuaian dengan keperluan semasa.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai langkah awal, beberapa institusi pondok akan dipilih untuk menjadi perintis kepada tradisi baharu ilmu berdasarkan pengkhususan dan manhaj tarbiah atau disiplin masing-masing.


Beliau berkata usaha itu tidak bermaksud kerajaan akan menentukan kurikulum pembelajaran, sebaliknya bantuan bertujuan meningkatkan martabat serta kedudukan institusi berkenaan.


"Saya tidak akan tentukan kurikulum (pondok), bukan bidang saya. Cuma saya usulkan usaha untuk meningkatkan martabat dan kedudukannya, termasuk ilmu dan disiplin baharu," katanya dalam hantaran di media sosial.


DS Anwar membelek kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Ghazali sambil diperhatikan oleh ulama Mesir Sheikh Dr Ali Jum'ah (dua dari kiri) bersama Dr Zulkifli (kiri sekali) dan DS Amirudidn Shari (kanan)
DS Anwar membelek kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Ghazali sambil diperhatikan oleh ulama Mesir Sheikh Dr Ali Jum'ah (dua dari kiri) bersama Dr Zulkifli (kiri sekali) dan DS Amirudidn Shari (kanan)

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan sempena Festival Turath Islami Malaysia 2026 di Kompleks Seri Perdana, hari ini.


Festival Turath Islami Malaysia 2026 berlangsung pada 13 hingga 20 September dan tahun ini diperluas ke peringkat nasional, dengan pengisian berkaitan warisan ilmu Islam, pengajian turath serta pertemuan ulama tempatan dan antarabangsa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page