top of page

Insinerator di Batu Arang: Kerajaan Selangor belum muktamad bina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 16
  • 1 min read


Cadangan pembinaan loji pembakaran sampah (insinerator) berhampiran kawasan penduduk di Batu Arang, Rawang belum dimuktamadkan.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan menyeluruh berhubung projek itu bagi memastikan suasana menang-menang termasuk kepada penduduk dapat dicapai.


"Kemajuan projek, benda itu belum sampai ke peringkat KM (kebenaran merancang) lagi pun, kita akan tengok dan saya akan kemukakan.


"Saya sedang berbincang secara keseluruhan. Kita akan pastikan suasana menang-menang akan berlaku," katanya dipetik.


Amirudin berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Golf Selangor International Junior Golf Championship 2025 dan PKNS Selangor Masters 2025 di Kelab Golf Seri Selangor, Tropicana pada Rabu.


Difahamkan cadangan projek insinerator itu akan menampung sisa pepejal dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang.

Jaringan Rawang Tolak Insinerator sebagai pihak yang membantah projek itu baru-baru ini mendakwa Kerajaan Negeri Selangor membisu terhadap bantahan penduduk isu pembinaan insinerator tersebut. Amirudin bagimanapun mengakui pihaknya ada menerima bantahan cadangan pembinaan tersebut.


"Kalau ikut bantahan-bantahan yang dikemukakan, memang ada bantahan, tetapi kita tak boleh bayangkan insinerator itu macam insinerator 45 tahun lepas.


"Insinerator-insinerator yang kita perlukan ini juga akan memastikan kita dapat menguruskan sampah dengan berkualiti," jelasnya.


Sementara itu Amirudin mengesahkan, setakat ini hanya dua loji pembakaran sampah sudah dimuktamadkan iaitu di Tanjung 12, Kuala Langat dan Jeram, Kuala Selangor.


Bagi projek pembinaan di Jeram, ia dijangka siap pada tahun ini. Manakala untuk projek pembinaan di Tanjung 12 ia kini diperingkat pengambil alihan tanah.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page