Insiden wartawan-Menteri KPKT jadikan iktibar, perkukuh profesionalisme
- Suara Keadilan

- Nov 1
- 1 min read

Kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan yang menghadkan interaksi antara wartawan dan pemimpin kerajaan.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan bahawa pengamal media termasuk wartawan berhak bertanyakan apa jua soalan kepada menteri.
"Setiap jawapan ataupun respon menteri perlulah disampaikan dengan berhemah serta berlandaskan prinsip keterbukaan di samping saling menghormati antara media dan juga pihak kerajaan
"Apa jua soalan, mereka menjalankan tugas sebagai wartawan," katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Terdahulu, tular rakaman video di pelancaran projek 'I Lite U' sempena Tahun Melawat malaysia 2026 yang memaparkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dengan nada sedikit keras menjawab pertanyaan seorang wakil media berkaitan nama acara berkenaan yang menggunakan bahasa Inggeris.
Tindakan menteri itu kemudian dikritik Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm).
Bagaimanapun Kor Ming dipetik Oriental Daily News mempertahankan tindakannya dan menegaskan interaksi wartawan dan individu yang ditemu bual haruslah bersifat dua hala dan reaksi berlebihan akan timbul jika seseorang tidak boleh menerima sedikit pembetulan.
Sementara itu Fahmi mahu semua pihak agar menjadikan isu itu sebagai pengajaran untuk memperkukuh hubungan profesional antara kerajaan dan media.
"Kita perlu belajar daripada apa yang berlaku dan terus memastikan semangat keterbukaan serta saling menghormati ini dijadikan amalan," katanya.
Beliau turut memaklumkan, Kor Ming akan mengadakan pertemuan dengan organisasi media berkaitan bagi menjernihkan keadaan.









Comments