Insiden Putra Heights: 150 pelajar terima sumbangan MBI, SKMM
- Suara Keadilan

- Sep 6
- 1 min read

Seramai 150 pelajar sekolah yang terkesan insiden letupan di Putra Heights pada 1 April lalu menerima bantuan wang tunai RM500 dan sebuah komputer riba.
Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata, pihaknya memperuntukkan bantuan wang tunai kepada pelajar dari 30 sekolah termasuk swasta, manakala komputer riba adalah sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Terima kasih kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil atas sokongan meluluskan peruntukan melalui SKMM bagi pemberian komputer riba ini.
"Saya berharap penerima dapat memanfaatkan bantuan ini sebaik mungkin untuk tujuan pendidikan," katanya.
Ahmad Azri sementara itu berkata, inisiatif tersebut sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri dan MBI terhadap nasib pelajar terbabit.
"Melalui sumbangan yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini, kami dapati terdapat data pelajar yang tertinggal sehingga ada yang merungut tidak menerima bantuan.
"Kemudian, kami mendapatkan data untuk semakan silang dengan maklumat sekolah. Selepas dikemaskini, bantuan akhirnya dapat disalurkan," katanya dipetik.









Comments