top of page

Insiden maut di tempat kerja : Menteri arah siap laporan segera

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 31, 2023
  • 1 min read


Menteri Sumber Manusia (KSM), Steven Sim Chee Keong telah mengarahkan laporan penuh berhubung dua insiden kemalangan maut di tempat kerja yang dilapor baru-baru ini disiapkan segera.


Tegasnya, ia perlu untuk memberi keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka.


"Saya telah arahkan agensi KSM untuk menyiapkan siasatan segera, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kedua-dua negeri telah turun serta-merta di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan notis berkaitan juga telah diberikan.


"Siasatan dan laporan akhir kita telah arahkan untuk dipercepatkan agar dapat beri keadilan kepada mangsa, mungkin dalam seminggu dua ini ia dapat disiapkan," katanya dipetik selepas mengadakan Ziarah Prihatin kepada keluarga pekerja penyelenggara lif, R. Tinesh Kumar, 28, di Taman Sri Pinang, di Georgetown pada Sabtu.


Media sebelum ini melaporkan, Tinesh maut maut selepas kepalanya tersepit di lif yang sedang dibaiki di sebuah pusat beli-belah di Jalan Burma, Selasa lepas.


Sehari selepas itu, seorang pekerja kilang di Banting, Nur Ahmad Yusoff Muei, 22, maut selepas terjatuh dari tempat tinggi ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah kilang kitar semula.


Dalam pada itu, Sim berkata nasib keluarga mendiang Tinesh Kumar terbela apabila mereka layak menerima faedah caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).


Menurutnya semakan rekod caruman melayakkan waris mendiang menerima bayaran berkala Faedah Orang Tanggungan (FOT) dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) hingga RM2,000 secara sekali bayar.


"Mendiang belum berkahwin, justeru faedah berkenaan akan diberikan kepada bapa, N.Ramachandran, 54, dan ibunya, R.Saraswaty, 51. Mereka akan menerima bayaran FOT untuk sepanjang hayat," katanya.


Sementara itu Sim menggesa majikan agar sentiasa bertanggungjawab mengawal risiko di tempat kerja bagi memastikan kawasan persekitaran di tempat kerja adalah selamat.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page