top of page

Insiden LRT: Prasarana, kerajaan perlu bertanggungjawab


Jurucakap Pengangkutan KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh menyifatkan insiden kemalangan yang melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru malam tadi amat mengejutkan dan serius.


Beliau menganggap, penekanan wajar diberikan kepada pemeriksaan aspek-aspek yang mengakibatkan kemalangan secara terperinci.


"Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pengendali harus bertanggungjawab dalam memastikan ketelusan siasatan memandangkan tahap kemalangan yang serius.


"Kementerian Pengangkutan serta pihak berkenaan juga wajar memantau perkembangan keadaan mangsa-mangsa dan orang awam yang terlibat," katanya.


Syed Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Ledang turut meminta kementerian terbabit mengemaskini maklumat berkenaan prosedur keselamatan kepada rakyat supaya tidak timbul isu kebimbangan terhadap penggunaan kenderaan awam terutamanya LRT.


"Selain itu, merujuk kepada pengumuman Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkenaan pengurangan kekerapan perjalanan perkhidmatan pengangkutan awam dibawah MyRapid, saya menggesa agar penetapan ini dinilai semula kerana ia akan membawa kepada kesesakan semasa waktu puncak.


"Seperti yang dikongsi dalam media sosial hari ini, kesesakan berlaku di stesen-stesen tumpuan semasa waktu puncak orang awam ke tempat kerja," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page