Insiden kekerasan di Bagan Datuk: Kempen BN semakin terdesak?



Ketegangan antara penyokong Umno BN serta beberapa pemuda tempatan dengan penyokong Pakatan Harapan (PH) di Sungai Dulang, Hutan Melintang, petang semalam memperlihatkan betapa terdesaknya kem Presiden Umno, Zahid Hamidi untuk mempertahankan kerusi Bagan Datuk.


Menurut calon Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar, berbaju biru), keadaan di Bagan Datuk memang berbaur provokasi antara penyokong BN dan PH sejak minggu pertama kempen, dengan billboard gambar beliau dirosakkan begitu juga bahan kempen yang lain.


Namun pada petang semalam keadaan agak buruk apabila ceramah diganggu secara fizikal. Hal itu, katanya, seolah olah Umno Bagan Datuk amat terdesak untuk menghentikan impak kempen PH ke atas mereka.


"Jelas dalam insiden semalam ia dilakukan penyokong Presiden Umno. Kita tentunya mengutuk keras insiden semalam. Sebelum ini kempen dijalankan secara harmoni, tiada insiden seperti itu. Ceramah tak ada gangguan. Tetapi waktu terakhir ini mereka guna taktik ala samseng.


"Billboard dirosakkan sehari selepas wakil calon dan pihak polis bertemu. Mesyuarat itu diputuskan secara bersama bahawa kempen dilakukan secara harmoni.


"Selain rosakkan billboard mereka menggantung benda tidak sepatutnya di kawasan kita. Suspek paling besar adalah BN kerana mereka penyandang.


"Kita harap Zahid dapat disiplinkan anggotanya. Ini elemen desperado. Saya harap rakyat Bagan Datuk dapat menilai, " katanya kepada Suara Keadilan.


Mengulas mengenai pekikan penyokong BN semalam kononnya negeri yang ditadbir PH seperti Selangor tidak ada perubahan selama 15 tahun di bawah gabungan tersebut, Shamsul bersimpati dengan tahap pemikiran politik penyokong Zahid.

Penyokong Umno bertembung petugas PH

Katanya, penyokong Umno perlu lebih cerdik dalam membandingan rekod pentadbiran Zahid yang hampir 30 tahun di Bagan Datuk berbanding rekod PH di Selangor.


"Saya fikir (isu kemajuan) sekadar cakap mulut. Mungkin mereka tak ada maklumat, setiap hari dengar ceramah Umno. Bermakna ceramah Umno dan presiden mereka tak ada kelas," katanya.


Shamsul juga tidak tertarik untuk membuat laporan polis pada ketika ini biar pun ada pihak menyuruhnya berbuat demikian.


Katanya, beliau tidak mempunyai masalah dengan penyokog Umno. Tumpuan kempen hanyalah menentang Zahid.


"Kita minta mereka (para penyokong) buat laporan polis kerana saya tidak gaduh dengan ahli Umno bawah ini.

Billboard yang dirosakkan penyokong lawan

"Saya lawan Presiden Umno, bagi tumpuan lawan presiden. Saya bersama pimpinan Umno di bawah, ada mood tak suka kepada Presiden Umno kerana apa yang presiden buat mengenai calon calon (Umno BN) dan mereka protes.


"Lepas pilihan raya mungkin buat report kalau perlu," katanya lagi.


Menurut laporan media semalam, memetik Pengarah Penyelidik Pusat Media PH, Zainurizzaman Moharam, insiden tersebut berlaku semasa calon PH, Datuk Seri Shamsul berucap dalam program itu yang turut dihadiri pelakon dan pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki.


Katanya, terdapat sekitar enam ke tujuh lelaki menghampiri kawasan ceramah dan mengeluarkan kata kesat serta maki hamun.


Kata Zainurizzaman, biarpun telah diminta beredar, tetapi mereka enggan. Ada antara mereka pula membawa senjata parang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER