top of page

Insiaitif Uyarvu MADANI komuniti India disambut baik MAICCI

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 17 hours ago
  • 1 min read

Pengumuman inisiatif Geran Startup Accelerator (Uyarvu MADANI) oleh Kerajaan MADANI baru-baru ini dianggap sebagai langkah strategik memperkukuh ekosistem keusahawanan komuniti India.


Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) berkata, inisiatif baharu di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) itu menyediakan modal permulaan, sokongan teknikal dan akses kepada rangkaian komersial serta mentor industri.


"MAICCI mengalu-alukan pelaksanaan Uyarvu MADANI yang menawarkan bantuan geran secara berfasa kepada usahawan India kategori B40 dan M40, selaras usaha kerajaan memperkasa sosioekonomi masyarakat India.


"MAICCI akan membantu memastikan geran Uyarvu MADANI disalurkan kepada pemilik perniagaan yang berkelayakan kategori B40 dan M40 supaya mereka benar-benar mendapat manfaat," kata Presiden MAICCI, Datuk Seri N Gobalakrishnan (gambar) dalam kenyataan.


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan memaklumkan, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM65.6 juta bagi memperkasa masyarakat India menerusi pelaksanaan enam inisiatif baharu di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).


Inisiatif termasuk Uyarvu MADANI itu memberi tumpuan kepada aspek pendidikan, keusahawanan, pembangunan komuniti, kesihatan dan bantuan sosial bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini.


Sementara itu, N Gobalakrishan berkata, pihaknya turut menghargai usaha Ramanan dalam mengukuhkan kerjasama antara kementerian, MITRA dan sektor perniagaan bagi memastikan pelaksanaan program yang berimpak.


"MAICCI menyambut baik inisiatif MITRA melibatkan pendidikan, pembangunan modal insan, kesihatan, kebajikan dan pembangunan komuniti yang dijangka memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat India di seluruh negara.


"komited bekerjasama dengan dewan-dewan perniagaan dan pihak berkepentingan bagi memaksimumkan impak program berkenaan kepada komuniti usahawan India," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page