top of page

Insfrastruktur asas tidak selesai macam mana tarik pelaburan ke Kelantan?

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 22, 2022
1 min read


Insfrastruktur asas yang masih bermasalah dan tidak diselesaikan di Kelantan menyukarkan negeri itu menarik pelaburan.


Hal tersebut ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik nazmi Nik Ahmad dalam perbahasan pindaan Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur di Dewan Rakyat, semalam


Menurut Naib Presiden KEADILAN itu, kerajaan tidak melihat keutamaan yang perlu dilakukan berkitar kepada insfrastruktur asas dan bukannya pindaan peruntukan undang undang.


"Saya turut serta dalam perbahasan pindaan Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur.


"Bagaimana Kelantan nak bercakap tentang menarik pelabur dan menjana pembangunan ekonomi jika infrastruktur asas masih belum selesai?


"Pada masa yang sama Kerajaan Negeri berbelanja besar untuk kereta rasmi Menteri Besar dan Exco," katanya yang juga menyalahkan sikap pemimpin Pas Kelantan yang salah urus dalam mentadbir negeri itu.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page