top of page

Insentif RM210 per hektar semusim kepada pesawah selepas penyasaran subsidi diesel



Seramai 130,000 pesawah di Semenanjung Malaysia bakal menikmati bantuan tunai sebanyak RM210 per hektar setiap musim susulan pengumuman kenaikan insentif pembajakan dan penuaian yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada 27 Mei lalu.


Kementerian dalam kenyataan hari ini berkata insentif pembajakan iaitu RM100 dinaikkan kepada RM160 per hektar per musim dan memperkenalkan insentif penuaian sebanyak RM50 per hektar per musim.


"Melalui kedua-dua insentif ini, pesawah akan menerima bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar per musim


"Menerusi kenaikan kadar ini, hampir 130,000 orang pesawah di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan insentif pembajakan dan insentif penuaian sebanyak RM210 per hektar per musim," kata kenyataan kementerian hari ini.


Pada 27 Mei lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) termasuklah kategori BUDI Agri-Komoditi kepada petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang berkelayakan.


KPKM pula melalui siaran medianya pada tarikh yang sama telah memaklumkan bahawa subsidi diesel kepada nelayan dikekalkan dan mengumumkan kenaikan kadar insentif pembajakan serta pengenalan insentif baru penuaian kepada pesawah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page