top of page

Inisiatif ‘waste-to-wealth’ mampu jana ekonomi - NRECC



Inisiatif ‘waste-to-wealth’ bagi menghasilkan biopepejal dan bioefluen daripada hasil rawatan kumbahan akan mula dilaksanakan.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, inisiatif yang diyakini boleh menjadi sumber kekayaan baharu negara itu akan diusahakan secara komersial oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

"Komitmen ini selaras dengan hasrat kerajaan bagi merealisasikan Agenda Transformasi Sektor Air 2040 untuk meningkatkan kecekapan pengurusan, mengoptimumkan potensi, menjana kekayaan serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu.


"Pencapaian dan penghasilan produk inovasi yang dihasilkan ini bukan hanya menyumbang kepada kelestarian alam sekitar tetapi mampu menjana penjanaan ekonomi daripada sektor air dan pembetungan," jelasnya.


Beliau ditemui media ketika lawatan kerja ke Loji Perintis Memproses Biopepejal Kepada Baja Pelet di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Titiwangsa pada Isnin.


Difahamkan loji perintis itu dijangka dapat menghasilkan sebanyak lima tan metrik baja organik dalam bentuk serbuk dan pelet bagi kegunaan tanaman landskap dan tanaman bukan makanan.


Sementara itu Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa turut memberitahu, JPP dan IWK telah menjalankan projek rintis penyelidikan dan pembangunan semula bi-produk pembetungan yang mempunyai potensi untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon sebanyak dua peratus setahun.


Jelasnya walaupun peratusan itu kelihatan kecil, namun itu satu titik permulaan yang dapat dianggap sangat baik.


Justeru tambahnya, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak mampu mempercepatkan sasaran mengurangkan pelepasan karbon negara.


"Walaupun Malaysia hanya menyumbang sebanyak 0.69 peratus kepada pelepasan karbon global, namun kerajaan tetap komited untuk merealisasikan aspirasi pelepasan gas rumah kaca sifar bersih selain mengimbangi keperluan sosioekonomi negara.


"Penglibatan aktif agensi awam dan swasta adalah perlu dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama dalam usaha penggunaan semula bi-produk pembetungan," ujarnya dengan harapan agar penggunaan bi-produk pembetungan diperluaskan dalam menyokong ekonomi kitaran.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page