top of page

Inisiatif Sejati MADANI suburkan rekreasi desa di Kuala Kubu Bahru

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

Litar Lasak Sejati Madani Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu sebahagian janji PRK DUN pada tahun lalu
Litar Lasak Sejati Madani Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu sebahagian janji PRK DUN pada tahun lalu

Daerah Hulu Selangor kini memiliki satu lagi tarikan pelancongan baharu setelah Litar Lasak Sejati Madani Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu dibuka secara rasmi.


Litar sukan ATV itu dibangunkan menerusi Inisiatif Sejati Madani yang diperkenal Kerajaan Perpaduan dan telah dirasmikan ADUN Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tao minggu lalu.


"Inisiatif Sejati Madani ini merupakan usaha murni untuk membuka peluang ekonomi kepada penduduk kampung, khususnya dalam bidang pelancongan sukan dan rekreasi.


"Kadar kelulusan melebihi 90% oleh Kerajaan Persekutuan membuktikan bahawa kebajikan penduduk Hulu Selangor terus menjadi keutamaan melalui kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani," katanya dalam satu hantaran Facebook.


Turut hadir pada perasmian itu ialah Setiausaha Politik Menteri Besar, yang juga Timbalan Ketua Cabang Hulu Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad; Ahli Majlis Saripah Bakar; Sdr Eng Teck Ming serta Penghulu Mukim Ahmad Nazri bin Ibrahim.


Pada acara itu anak-anak istimewa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kuala Kubu Bharu turut diraikan dengan dibawa menaiki ATV mengelilingi litar tersebut.


"Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Puan Ila Abd Latif atas kejayaan membangunkan litar lasak ini.


"Semoga terus maju dan menjadi pencetus kepada lebih banyak inisiatif berimpak tinggi di peringkat komuniti," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page