top of page

Inisiatif Rakyat Digital tingkat literasi rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 8
  • 2 min read

Oleh: Helmi Mohd Foad


Malaysia sedang melangkah ke arah menjadi sebuah negara digital maju menerusi pelaksanaan inisiatif Rakyat Digital, satu usaha nasional yang diterajui oleh Kementerian Digital dengan kerjasama MyDIGITAL Corporation.


Inisiatif tersebut bertujuan untuk mempertingkatkan tahap literasi digital rakyat di seluruh negara agar mereka bersedia menghadapi cabaran serta merebut peluang dalam era teknologi dan kecerdasan buatan (AI), kata Kementerian Digital.


Menteri Digital Gobind Singh Deo (gambar) menegaskan bahawa Rakyat Digital merupakan tonggak utama dalam perjalanan negara ke arah transformasi digital.


"Inisiatif ini bukan sahaja membekalkan kemahiran asas digital kepada rakyat malah dapat memastikan semua lapisan masyarakat, tanpa mengira umur atau latar belakang tidak ketinggalan dalam gelombang revolusi digital," katanya dalam kenyataan dikeluarkan kementerian terbabit hari ini.


Gobind berkata melalui kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta, Rakyat Digital telah mula membina masyarakat yang berpengetahuan dan berdaya saing dalam dunia digital.


"Ini selari dengan aspirasi negara untuk memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekonomi digital global," katanya.


Jelas beliau inisiatif tersebut menyatukan pelbagai agensi dan syarikat teknologi terkemuka seperti CyberSecurity Malaysia, Intel, Microsoft, iTrain, Trainocate dan banyak lagi.


Katanya syarikat tersebut bersama-sama membangun dan menyediakan modul pembelajaran atas talian yang interaktif dan mudah diakses secara percuma kepada rakyat Malaysia. Ini sekali gus menjadikan program ini berimpak tinggi dan menjimatkan kos serta dapat diperluaskan kepada seramai mungkin rakyat.


"Model kerjasama ini membolehkan kandungan berkualiti tinggi disampaikan tanpa sebarang bayaran, memudahkan pembelajaran kendiri secara fleksibel serta memperluas impak kepada seluruh negara," ujarnya.


Dalam pada itu, kenyataan kementerian itu berkata Program AI untuk Rakyat mencatat kejayaan luar biasa dengan lebih 1 juta penyertaan dalam tempoh enam bulan sejak dilancarkan pada Januari 2024, sekali gus melepasi sasaran awal.


Jelas kenyataan itu, program ini memperkenalkan konsep asas kecerdasan buatan (AI) secara mudah dan bertanggungjawab kepada rakyat.


Kejayaan ini menjadi pemangkin kepada perluasan inisiatif Rakyat Digital, yang kini menawarkan pelbagai kursus percuma seperti CyberSAFE untuk Rakyat, Generative AI, Cloud untuk Rakyat, AI Fluency, dan Blockchain untuk Rakyat, kata beliau.


"Kursus baharu seperti Data untuk Rakyat dan Quantum untuk Rakyat akan dilancarkan tidak lama lagi," ujarnya.


Kata kenyataan itu program tersebut menyediakan modul interaktif yang ditawarkan dalam empat bahasa (Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil) dan mesra disleksia dengan Rakyat Digital menampilkan pendekatan inklusif dan mudah diakses.


"Peserta hanya perlu mendaftar menggunakan emel atau akaun Google dan akan menerima sijil digital selepas tamat kursus.


"Inisiatif ini menjadi pemacu penting dalam membina masyarakat celik digital, selari dengan aspirasi Malaysia untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan bersaing di peringkat global," kata beliau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page