top of page

Inisiatif PJ Lestari jual komputer 'refurbish'



Membeli komputer terpakai yang diperbaharui (refurbish) boleh menjimatkan kewangan golongan yang kurang berkemampuan.


Sehubungan itu Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung (gambar, kiri) mengadakan satu inisiatif untuk mengumpul dan membaik pulih komputer bagi dijual kepada golongan memerlukan.


Beliau berkata demikian ketika menghadiri PJ Startup Festival 2023 di Petaling Jaya, Selangor yang menjual pelbagai peranti elektronik pagi tadi.


"Saya dijemput untuk berikan taklimat, panel dalam forum. Di bawah Inisiatif PJ Lestari saya telah pun menempah satu booth dan kita mengetengahkan satu inisiatif oleh APR Electronic Sevices Sdn Bhd. Mereka buat kerja refurbish atau baik pulih laptop, komputer, LCD, telefon, printer dan lain lain. Lepas baik pulih jadi baru.


"Ada kata laptop terpakai tetapi seolah olah baru. Kos rendah dan sangat mampu milik. Laptop jenama terkenal harga serendah RM400.


"Kedua, ini juga membantu kurangkan sisa elektroknik yang berkumpul di negara kita. Ketiga untuk kurangkan jejak karbon yang mana kerajaan kita bertungkus lumus mencapai perlepasan karbon sifar menjelang 2050," katanya.


Laptop refurbish masih mempunyai kualiti yang baik

Chean Chung berkata, pengunjung yang datang boleh mendapat diskaun 10% sekiranya menggunakan inisiatif atas nama beliau dalam membuat pembelian.


"Kalau key in YB LeeCC boleh dapat diskaun RM100 atau 10% terpulang nilai mana lebih tinggi," katanya lagi.


Menurut pihak penganjur terdapat 100 ruang niaga disediakan pada festival tersebut. Jualan diadakan di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya.


Manakala tahun ini adalah kali keempat festival jualan seumpama itu diadakan dengan kerja sama SIDEC dan disokong Perkeso.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page